Sunday, February 19, 2012

Story

actuslly this story is just long long ago have been create by us .. whose 'us' ? =' adila, yana, tihah, fiqah dan me la  .. let's read below ook



Pada petang itu, aku jalan-jalan di taman permainandan ternampak pasangan ‘couple’ sedang ber‘dating’. Aku perhatikan pasangan tersebut, dan aku sangat mengenali mereka itu, tapi aku lupa siapa nama  mereka dan mereka bermesra macam dunia ini mereka yang punya. Aku geram melihat mereka kerana mereka hanya mencacatkan pemandangan sahaja di tempat yang indah ini. Lalu aku beredar pergi dari situ kerana tak sanggup melihat kemesraan mereka yang hanya melukakan perasaan sahaja. Aku terus berlalu pergi ke arah taman yang berdekatan dan tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki menyapaku dari belakang. Aku terkejut dan terus berpaling ke belakang, rupa-rupanya lelaki itu adalah kekasih lamaku dan merayu-rayu kepadaku agar balik kepadanya. Tetapi aku bukannya jenis perempuan yang mudah percaya pada lelaki yang pernah menipuku suatu ketika dahulu, dan aku berlalu tanpa mempedulikan dia lagi. Dia memanggil-manggil namaku sekuat hati sehingga semua orang memandangku. “memalukan betol lah dia ni”. Aku menoleh, “kalau boleh, jerit kuat-kuat lagi ! huh ! apa kau nak ?”, tanya kau kasar. Dengan selamba dia menjawab , “janganlah marah. Saja nak bergurau,” katanya sambil tertawa besar. Aku membuat muka ’pau’ ku dan menolak Ji Ho sebagai tanda protes dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda muncul dari persimpangan dan merempuh tubuh Ji Ho. Ji Ho tercampak ke tengah jalan dan aku terus beredar dari situ tanpa mempedulikan keadaan Ji Ho. Setelah beberapa langkah aky meninggalan Ji Ho, aku berpatah balik kepada Ji Ho yang sedang kesakitan dan aku cuba untuk membantunya seboleh mungkin. Dia tersenyum kepadaku dan mengucapkan terima kasih keran membantunya. Aku membalasnya sambil tersenyum. Secara tidak sengaja hubungan kami kembali jernih. “Dokk” kedengaran bunyi sesuatu jatuh. Rupa-rupanya sebuah novel jatuh di kepalaku. “Err, aku kat mana ni?” aku bertanya pada diriku sendiri. Rupa-rupanya aku tertidur di Perpustakaan Awam Seoul dan segala yang terjadi tadi hanyalah mimpi
-end-



p/s  : buat suspen plus penat orang baca je kan !! (*<*



ook dah baca kan .. bubye :)

No comments: