Monday, February 6, 2012

Dirgahayu Bahasaku




alang2 cikgu aq suruh buat slide show DIrgahayu Bahasaku, aq post sekali apa ang aq dah cari ni.. tak semua tajuk la, just beberapa sebab kerja ni dibuat dalam beberapa kumpulan. so baca la apa yang patut ook :) ...

Syair Pemberontakan Patani
MAKSUD RANGKAP
1.Laksamana mendapat perintah daripada betara agar segera ke negeri patani bagi mendapatkan panji atau lambang kebesaran raja senggora (menyatakan taat setia kepada raja senggora) yang dikatakan akan menjatuhkan hukuman dan siksaan.

2. Di sana nanti laksamana dititahkan agar memohon maaf daripada raja senggora dan merayum agar hukuman tidak dijatuhkan ke atas pegawai yang ditahan.

3. Setelah menerima titah betara, laksamana tidak mahu menunjukkan keresahannya kerana keamanan negeri perlu dipelihara.

4. Kerana pada ketika itu bonda saudaranya iaitu duli mahkota indera sedang mengalami sakit yang bahaya dan nhati laksamana terasa amat berat unuk meninggalkan bondanya itu.

5. Segala kebimbangannya diketepikan kerana situasi negara berada dalam keadaan yang mencemaskan.

6. Laksamana tidak dapat membantah arahan betara (sang nata ) walaupun hatinya amat berat untuk melaksanakan tugas tersebut.. Laksamana akhirnya menyerahkan segala-galanya kepada allah swt.

7. Laksamana tetap menjunjung perintah raja demi memastikan raja terus derdaulat dan berkuasa dalam negeri dan negeri berada dalam keadaan sentosa.

8. Laksamana ke patani walaupun hatinya amat sedih dan berat untuk meninggalkan bonda saudaranya kerana dia yakin tidak dapat lagi bertemu dengan bonda saudaranya.

9. Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri lebih utama dari memikirkan tentang kesakitan yang ditanggung oleh seorang sahaja. Seluruh negeri akan musnah jika diserang musuh.

10. Maka, perintah betara (seri betara) segera dijunjung tanpa berfikir panjang. Laksamana segera berjalan ke patani bagi mendapatkan perlindungan raja senggora.

MAKSUD SYAIR
Secara keseluruhannya syair ini menyampaikan pesanan tentang keperluan seorang pemimpin mengutamakan keselamatan negara berbanding keselamatan dan kepentingan peribadi.

TEMA
Semangat patriotik pepimpin

PERSOALAN
i. semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpin
ii. sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadi
iii. taat akan perintah demi keselamatan negara
iv. kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.

NILAI
i. Semangat cinta akan negara/sayang akan negara
ii. Ketaatan
iii. Keberanian
iv. Keredaan/pasrah akan kehendak tuhan

PENGAJARAN
i. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh
ii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan keluarga
iii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha mempertahankannya
iv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT apabila berada dalam kesusahan.
v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan negara.



di Bawah Langit Yang Sama


Maksud
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang
sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.
Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di
Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa.  Tempat-tempat lain yang
mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.
Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim
dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat  keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin
melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.
Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki
negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di
dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan
dendam .

Tema
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada
dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan
harmoni.

Persoalan
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai
keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian  manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan
harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan
harmoni.
3. Persoalan garis  sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia
dipisahkan oleh faktor geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting
dalam kehidupan.

Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat  4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
 Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
 Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
 Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
 Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb

Nada - Sinis

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
         Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris
Contohnya :i visa, pasport,
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
               Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’
                     Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope
   Contohnya : mu, ku
7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai
1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai  bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan
sesuatu.

Pengajaran
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka
berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah  sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan
waktu dan tempat
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah  mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni
Syair Pemberontakan Patani




Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Sinopsis
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.


Tema

Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (pungut)

Persoalan

1.            Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2.            Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3.            Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Mak Timah
-         Perempuan tua
-         Selalu sakit-sakit
-         Ibu angkat Pungut
-         Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
-         Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minum dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.


Watak sampingan

1.            Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
-         Berusia 24 tahun.
-         Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
-         Anak angkat Mak Timah
-         Bertubuh sangat kecik (pekak dan bisu).

2.            Bibik
-         Nenek Pungut
-         Berbangsa Cina peranakan.
-         Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Nilai

1.            Nilai kasih sayang. Contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2.            Nilai keikhlasan. Contohnya Mak Timah mengurus dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3.            Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
4.            Nilai setiakawan. Contohnya semangat setiakawan iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.
5.            Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian anak mereka.
Pengajaran

1.            Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
2.            Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3.            Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.
4.            Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
5.            Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.



SUMBER : ssijbbahasamelayuspm,  lamanbahasa, sevenofus-fikaisa 
untuk tajuk lain, go to bmspm

No comments: