Sunday, January 18, 2015

Nama-nama dalam Islam



Assalamu’alaikum semua..

Malam tadi punya la bosan belek fon dan tergerak la hati nak cari maksud nama NADI ANAQI iaitu nama anak sulung kepada pelakon kacak lagi bergaya dan pasangannya > Zahiril Adzim & Shera Ayob <. Menurut web crazyartzone.com, maksud NADI adalah tempat pertemuan manakala ANAQI pula keindahan yang menawan hati. NADI ANAQI membawa maksud yang indah bila digabungkan.

Nadi Anaqi, Syera Ayob, Zahiril Adzim
Lagi satu nama yang cukup cantik dan menarik minta saya adalah nama kepada pelakon jelita dan suaminya yang ala-ala oversea gitue > Che Ta & Zain Saidin <. AAISYAH DHIA RANA yang bembawa maksud sinar kecantikan.

wahh bergaya gitu Aaisyah Dhia Rana dalam handbag pink
Semoga keindahan maksud dalam setiap nama akan membentuk keperibadian yang elok dan baik bagi pemilik nama tersebut.

Saya tertarik juga untuk cuba menggabungkan nama-nama yang baik bagi mencipta nama yang indah tetapi unik. Nak beri nama kepada anak, tapi kehidupan sebagai seorang student masih jauh lagi. Banyak benda yang kena diperbaik pada masa depan. Jodoh, ajal, maut, rezeki semua rahsia Allah, InSyaAllah ada jodoh sampailah kita ke jinjang pelamin dan ke pintu syurga. Ehh eh sudah.

GAMBAR ANAK FAEZAH ELAI & HEYKAL HANIFAH
Dealova Heyrinna, nama anak Faezah Elai & Heykal Hanifah
Nama perempuan:
1.       Dhofwatul’aisy Khairiyyah – Kesenangan dan kelapangan hidup, baik dan beramal.
2.       Rahadatul’aisy Husniyah – Kemakmurn hidup, kecantikan.
3.      Qurratu’ain Yadawiyyah – Yang pandai, sedap mata memandang

Ahmad Fakharuddin Attar, anak kepada Wawa Zainal & Ariel Zafril
Nama lelaki:
1.       Helmy Bahiyy al Din – Lembut, ketenangan, keindahan iman
2.       Zaim Khofiqur Ruh – Pemimpin yang menarik hati
3.      Nu’man Izzul Haq – Kebaikan, kenikmatan, kemuliaan yang haq


Itu sahaja nama yang pada saya sangat unik tapi membawa maksud yang baik. Jika ada tersilap atas maksud yang diberikan, saya dahulukan dengan jutaan maaf. Okay semoga kita berjumpa lagi. Bye :)

p/s: Gambar sumber dari google.com

No comments: