Tuesday, January 20, 2015

Cerpen seram (comprehension text final exam Julai 2014)

Bermulanya sebuah cerita.


Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kepada sahabat baik mereka. Mereka menggunakan jalan lama sebagai jalan pintas untuk sampai cepat ke rumah sahabatnya. Mereka rancak berbual dan bergurau sepanjang perjalanan. Perbualan mereka terhenti apabila mendengar berita terkini daripada siaran radio tempatan yang menyatakan bahawa seorang pembunuh kejam telah terlepas daripada tahanan polis berhampiran dengan kawasan yang mereka sedang lalui tersebut.

Apabila hampir 50 batu dari rumah kawan mereka, tiba-tiba kereta yang dipandu mengalami kerosakan pada bahagian enjin. Pada ketika itu, mereka sedang melalui jalan yang sunyi dan tiada pengguna jalan raya. Mereka terpaksa berhenti di tepi jalan dan ikhtiar untuk mendapatkan pertolongan. Si isteri berasa sangat takut tinggal berseorangan ketika suaminya pergi ke kawasan kejiranan terdekat bagi meminta pertolongan. Lebih-lebih lagi apabila teringat bahawa penjenayah tersebut mungkin berada di sekitar kawasan tersebut.

Si suami menyuruh isterinya menyorok di tempat duduk belakang di bawah selimut yang mereka bawa. Kunci semua tingkap dan jangan buka pintu melainkan dia mendengar tiga kali ketukan daripada suaminya. Si isteri menurut perintah suaminya manakala suaminya hilang dalam kegelapan malam untuk mendapatkan pertolongan.

Beberapa jam kemudian si isteri terdengar bunyi bising di luar kereta dan disusuli dengan bunyi ketukan 'knock' 'knock' 'knock' sebanyak tiga kali, dan menyangka itu adalah suaminya. Namun ketukan itu berterusan sehingga ke pagi. Sepanjang malam tersebut si isteri tidak boleh tidur kerana berasa curiga dalam ketakutan di samping berfikir mengapa suaminya masih tidak datang bagi menemaninya disitu.

Selepas matahari terbit, si isteri berasa sangat bersyukur apabila terdengar bunyi siren beberapa buah kereta polis menghampiri keretanya. Seorang anggota polis meluru ke arah kereta bagi mendapatkan wanita terbabit. Polis mengarahkan wanita tersebut supaya masuk ke dalam kereta polis bagi menjaga keselamatannya dan diarah supaya tidak menoleh ke belakang sekalipun. Wanita tersebut berasa pelik dan curiga mengapa dia tidak dibenarkan melihat ke belakang.

Apabila menghampiri kereta polis tersebut, wanita tersebut berhenti dan menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya wanita terbabit apabila menyedari ada sekujur tubuh kaku tergantung di pokok di atas keretanya sambil dibuai angin pagi adalah suaminya yang pergi mendapatkan pertolongan malam kelmarin. Rupa-rupanya bunyi ketukan yang berulang kali yang didengar sepanjang malam tersebut datangnya daripada kaki suaminya yang seperti melantun kerana tergantung di pokok.

Pihak polis mengesyaki bahawa kematian suami wanita tersebut mungkin dibunuh oleh pembunuh kejam yang terlepas daripada tahanan polis semalam berdasarkan kesan pergelutan dan lebam di tubuh mangsa. Si isteri berasa sangat sedih dan rebah menyembah bumi.

Tamat...

Cerita ini berdasarkan comprehension text final exam UBI1012 2013/14 pada 31 Julai 2014 hari tue. Tetiba pulak ringan tangan nak menaip cerita tue versi melayu. :D
Menarik dan sedih bila betul-betul faham. Kasih sayang suami terhadap isteri tercinta hingga akhir hayatnya.

No comments: