Thursday, December 13, 2012

Resepi kejayaan.



Ini bukannya ilmu tapi ini adalah petua untuk berjaya. Petua ni pakcik aku yang kasik. Dia kata benda ni dia belajar daripada mimpi. Ya MIMPI !!Tak semua boleh mimpi yang boleh disebarkan ilmunya sebagai sesuatu yang berguna. Dan benda yang pakcik aku mimpikan ni pon macam aktiviti harian yang biasa dilakukan dan ramai dah tahu. Tapi ilmu yang baik patut disebarkan.Kita sebagai manusia kenalah sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan.Yang buruk harap dijauhkan :).Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.Amal tanpa ilmu adalah sesat. Okay ini ada beberapa tips yang boleh dijadikan amalan kita semua untuk menjadi yang terbaik di mata manusia dan jugak disisi Allah.

ü  Paling penting solat 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’.
ü  Puasa di bulan Ramadhan.
ü  Amalkan rukun Islam dan rukun Iman
ü  Banyakkan uat perkara yang sunat
ü  Sedekah ikut kemampuan
ü  Jangan bongkak kat atas bumi Allah
ü  Puasa Isnin dan Khamis. Kalau boleh amalkan
ü  Lepas solat baca ayat al-Quran walaupon sepotong ayat.
ü  Amalkan ayat Kursi. Ayat ni umpama pelindung kita.
ü  Baca Yaasin. Hati al-Quran
ü  Amalkan baca al-Fatihah dan selawat al-Fatih
ü  Susah senang kena ingat Allah
ü  Sentiasa berbuat kebaikan

Tips ni pulak macam muhasabah diri jugak. Untuk menyedarkan kita mengenai apa yang kita dah lakukan sebagai khalifah Allah di atas bumi ini :

Pandang dan tenung muka ibu bapa dan tanya pada diri apa yang kita dah lakukan, benda yang kita lakukan sampai menyakitkan hati mereka, tak nak dengar kata mereka. Dan berfikirlah sejenak apa perasaan mereka bila kita berjaya atau membuat sesuatu yang boleh membahagiakan mereka.Bayangkan kesakitan yang dilalui mereka untuk melahirkan dan membesarkan kita.

InsyaAllah kalau kita amalkan, kita akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Assalamualaikum :DD bye

No comments: