Friday, December 7, 2012

Dreaming.


Dreaming?? Bukan dream yang impian tue. Tapi mimpi. Bak kata orang tua-tua, mimpi mainan tidur. Tapi masalahnya aku dah baca al-Fatihah, surah 3 kul, selawat Fatih, ayat kursi dan sebelum tidur ambil wuduk then tidur. Kata orang kalau diamalkan baca ayat-ayat ni, malaikat akan lindungi kita sepanjang kita tidur dan InsyaAllah tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan. Tapi apa makna disebalik mimpi aku ni. Dah tiga malam berturut-turut mimpi. Bukan mimpi yang sama tapi ‘pelakon’ dalam mimpi tue sama iaitu kengkawan aku. Ya budak-budak 5IT’12. Kenapa ?? persoalannya disini kenapa?? Adakah aku rindukan mereka atau dah lama tak jumpa diorang (padahal tak sampai sebulan pon kitorang tak jumpa). Em tak tau la. Maybe rindu kat awak, dia, kau, yang tue, yang ni, sebelah aku, belakang aku, depan aku, belakang sekali, yang sana, yang sini, yang bising, yang lawak tak habis, yang diam jerk, yang suka merayap, mereka, kamu oh semua sebenarnya.

Mimpi 1 : 3 hari lepas, Khamis 8 Dis 2012
Ni sehari lepas kitorang keluar bandar. Aku, dila dengan amy. Tak berapa ingat la mimpi ni, jap ye ingatkan balik ……. Ha mimpi ni macam camcorder. Merakam apa je aktiviti kitorang pada petang tersebut. Sebijik dengan apa yang kitorang buat pada petang tue. Pergi umah dila. Naik kereta. Pergi bandar. Jalan-jalan. Pergi makan. Semua la. Emm maybe aku penat sangat sampai terbawa-bawa benda petang tadi ke mimpi. Mana taknya keluar pukul 10, balik 5 lebih. Huh

Mimpi 2 : 2 hari lepas, Jumaat 9 Dis 2012
Mimpi ni pon berkaitan dengan kitorang keluar hari khamis. Tapi mimpi ni macam khusus untuk Amy sebab Amy macam watak utama dalam mimpi ni. Amy ada ramaaaiiii adik (padahal Amy anak tunggul, eh tunggal :P). Adik dia ada 6 ke 7 macam tue. Amy la yang kena uruskan makan minum adik-adik dia nak pergi sekolah. Masa tue duduk dekat bangunan kosong yang dah buruk. Dah macam pengemis dah. Haha. Dia ada jiran. Duduk sebelah umah dia. Tapi ni family semua lelaki. Tapi lelaki tue hensem. Haha sempat lagi nak menilai. Kay lepas tue amy kejar adik-adik dia naik motor. Ha jalan tue sebijik jalan kat bawah library. Kiranya bangunan buruk tue library kot. Amy bawak motor laju pastu hampir nak kena langgar dengan loro sebab tak sempat nak brek lepas turun bukit. Nasib baik selamat. Lepas tue aku tak tau apa jadi sebab aku dah terbangun.

Mimpi 3 : malam tadi, Sabtu 10 Dis 2012
Mimpi ni lain sikit. Hampir kesemua budak 5IT ada. Tak tau apa motif dan jalan cerita mimpi ni. Lokasinya macam kat rumah aku. Kitorang main game. Ap tah. Dalam bilik aku ada aku dengan Intan. Kat luar ada Miss Nuha, Ajib, Pikha, Chepah. Lagi sapa ek?? Yang lain aku tak pasti sapa tapi ramai lagi sebenarnya cuma tak nampak muka jerk. Ha mimpi ni macam datang kejap jerk then mak aku kejut ajak gi joging tapi aku tak bangun. Haha pemalas :P

Tue je kot aku nak coretkan disini. Em mimpi oh mimpi !!

Tidur sebentar didalam tampi,
Bangun tersentak baru undur,
Jangan taksub dengan mimpi,
Mimpi hanyalah mainan tidur.
Salam manis :
Qazreena Maisarra

No comments: