Friday, January 4, 2013

Dengarlah nasihat mereka


Nasihat di bawah ini sumber dari Internet dan buku-buku Ilmiah. Kawan baik saya yang cari untuk projek sekolah dia. Tapi saya copy dan post di sini semata-mata ingin berkongsi antara nasihat yang berguna dan diharapkan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. :)

Dosa Yang Seburuk-Buruknya Kepada Rakan Kita Bukanlah Kerana Kita Benci Akan Mereka Tetapi Kerana Kita Bersikap Bermuka-Muka Terhadap Mereka.(George Bernard Shaw)

Jagalah Dirimu Baik-baik, usahakanlah kemuliaanmu kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab. (Nabi Muhammad Saw)

Semulia-Mulia Manusia Ialah Orang Yang Mempunyai Adab Yang Merendah Diri Ketika Berkedudukan Tinggi, Memaafkan Ketika Berdaya Membalas Dan Bersikap Adil Ketika Kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)

Ciri-Ciri Orang Yang Beradab Ialah Dia Sangat Rajin Dan Suka Belajar, Dia Tidak Malu Belajar Daripada Orang Yang Berkedudukan Lebih Rendah Daripadanya.(Confucius)

Manusia Masih Berbuat Jahat Padahal Sudah Ada Agama, Bagaimana Jadinya Kalau Tidak Ada Agama ?(Benjamin Franklin)

Agama Tanpa Ilmu Adalah Buta.Ilmu Tanpa Agama Adalah Lumpuh.(Albert Einstein)

Pelajarilah Ilmu. Pelajarilah Ilmu Untuk Ketenteraman, Tetapan Hati Dan Kelembutan Jiwa. Tunduklah Dengan Merendahkan Diri Kepada Guru Anda.(Saidina Umar Bin Al-Khattab)

Pengetahuan Ialah Teman Anda Yang Terbaik. Pengetahuan Sentiasa Mengikut Anda Kemana-Mana Pun Anda Pergi. Tatkala Semua Orang Menolak Anda.Pengetahuan Tetap Membisikkan Sesuatu Yang Berharga.(Dr. H.M Tuah Iskandar Al-Haj)

Teman Sejati Ialah Orang Yang Meraih Tangan Anda Dan Menyentuh Hati Anda.(Heather Pryor)

Lebih Sedikit Orang Menggunakan Akalnya, Lebih Banyak Pula Ia Berkata-Kata.(Saidina Ali Bin Abi Talib)

Walau Bagaimana Alim Pun Seseorang Itu Dia Tidak Akan Dapat Manfaat Daripada Ilmunya Selagi Ilmunya Tidak Berpedoman Kepada Akal.(Lukmanul Hakim)

Istilah Tidak Ada Masa Bukan Merupakan Alasan Yang JUJUR Kerana Pada Dasarnya Kita Semua Memiliki Masa 24 Jam Setiap Hari.Yang Perlu Ditingkatkan Ialah Membahgikan Masa Dengan Lebih Cermat.(George Downing)

Kepuasan Terletak Pada Usaha, Bukan Pada Hasil. Berusaha Dengan Keras Merupakan Kemenangan Yang Hakiki.(Mahatma Gandhi)

Waktu Ialah Penasihat Yang Paling Bijaksana.(Pericles)

Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Dengan Kurangnya Kebijaksanaan Atau Kemahiran.(Flower A. New House)

Adil Ialah Menimbang Yang Sama Berat, Menyalahkan Yang Salah, Membenarkan Yang Benar, Mengembalikan Hak Yang Empunya Dan Jangan Berlaku Zalim.(Hamka)

Kebahagiaan Terletak Pada Kemengan Memerangi Hawa Nafsu Dan Menahan Kehendak Yang Berlebih-Lebihan.(Imam Al-Ghazali)

99 Peratus Kegagalan Datangnya Daripada Orang Yang Suka Memberikan Alasan.(George Washington Carver)

Kegagalan Bukan Bererti Kehancuran Tetapi Jadikanlah Kegagalan Itu Sebagai Batu Loncatan Untuk Mencapai Kejayaan.(Pythagoras)

Gagal Dalam Kemuliaan Lebih Baik Daripada Menang Dalam Kehinaan.(Walter B. Pitkin)

Orang Yang Sengaja Menyorokkan Kebenaran Merupakan Orang Yang Lemah.(Hamka)

Katakanlah Yang Benar Walaupun Pahit.(Hobben)

Kesusahan Merupakan Jalan Menuju Kebenaran.(Bijron)

Jangan Menilai Pekerjaan Seseorang Sebelum Pekerjaannya Diselesaikan.(Elizabeth Barret Browning)

Hiduplah Seperti Pohon Kayu Yang Lebat Buahnya; Hidup Ditepi Jalan Dan Dilempari Orang Dengan Batu Tetapi Dibalas Dengan Buah.(Abu Bakar Sibli)

Kesalahan Orang Muda Ialah Mereka Berpendapat Bahawa Kebijaksanaan Itu Tidak Memerlukan Pengalaman.Sementara Kesalahan Orang Tua Ialah Mereka Berpendapat Bahawa Pengalaman Itu Tidak Memerlukan Kebijaksanaan.(George Bernard Shaw)


No comments: