Sunday, June 17, 2012

May Allah blessed us



Syukur Alhamdulillah. Hari ini aku berpuasa tanpa ada bermacam-macam dugaan. Inilah nikmatnya apabila berpuasa dalam bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan. Hari ni sebenarnya berpakat dengan budak-budak kelas aku, 5IT untuk berpuasa bersama-sama dan berbuka di rumah masing-masing. haha :P. Niatnya kalau diizinkan Allah, kitorang nak berpuasa sampai jumpa Ramadhan. InsyaAllah. 

saje je nak mention kat sini --> berbuka dengan Bisillah la dulu. makan laksa beli dekat pasar ahad. minum air asam jambu. ook dah kenyang. Alhamdulillah. :)

Di kesempatan ini, di malam yang penuh keberkatan dalam memohon keampunan kepada Allah, aku berdoa agar budak-budak yang nak amek exam besar-besaran tahun ni iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM serta apa-apa jela exam yang korang ambil agar terbuka hati korang untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar apa jua yang anda nak kejarkan. Jangan lah asyik mengharapkan yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek ook. Semoga Allah lapangkan dada kami semua agar mudah untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin. dan mendapat keberkatan dalam kehidupan.


Bagi abang tentera aku yang kedua yang bakal amek SPM bersama-sama aku, abang ketiga amek STPM, adik aku yang sorang ni amek UPSR dan jugak geng-geng 5IT batch 2012 yang nak amek SPM tahun ni. Belajar la korang bersungguh-sugguh agar tak meraung tergolek-golek nanti. Hargailah masa yang masih ada pada kita ni untuk berubah. sesungguhnya sesaat yang berlalu mustahil untuk dekembalikan. Ingatlah juga bahawa keberkatan guru selain ibu dan bapa amatlah tersangatlah penting untuk kita berjaya menjadi modal insan yang berguna kepad negara bangsa. 'ececeh cakap macam PM buat ceramah la.


ook until here only. stress pikir kan exam SPM. seminggu 2 hari jerk aku akan online sebab selebihnya hari nak study. kaybye

p/s : aku sayang kau
tapi kau sayang orang lain
em nak wat acane an :(

No comments: