Thursday, November 27, 2014

Assalamu'alaikum.

Korg rasa? 

Hari nie patotnya masuk hari ke 5 utk DA tapi malangnya semalam aq dah cheat dgn amek chicken rice, raisins bun, ice tea which is total carb consume is more than 200g 10 times higher than low-carb diet. Its oke. Nanti nak kawen la ber-DA semula. As a student sgt susah nak DA sebenarnya. Tambah pulak dgn stress nak amek test, quiz, assignment dan kehidupan seharian. And of cause main problem of student bila duit keluar mcm air, dtg bukan main susah lagi. DA memerlukan kita utk amek breakfast, lunch, dinner or 4 to 5 meal in small portion. Gileq kau nk swoh aq mkn byk kali sedangkan aq hanya bergantung harap BELI mknn kat cafe. BELI oke. Bkn FREE. Nak beli telur then masak kat bilik mmg tak la kan. Nak keluar hostel beli kat kedai luar. Malas ar. But I think if dduk umah lagi senang nk DA. heheheehe
Btw aq nak share skit satu resepi that I think I should try it when I'm at home. Fortunately I'm in hostel oke. Disebabkan aq budak JOHOR yg setadii dekat TERENGGANU nie, tetiba rindu Joho bila tgok resepi nie. Sobs sobss *lap air mata* .
Dah dah. Meh usha ket resepi tue. Aq dpt dari blog kak AzieKitchen


Laksa Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa


Bahan kisar:

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar


Ulam ulam:

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin


Cara cara:

Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.


Spaghetti:

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.


Ulam ulam:

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.


Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar

Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.


Cara menghidang;

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

P/s: uniknya laksa Johor sebab dia guna spaghetti instead of mee. 😄 pure anak JOHO akan makan laksa Johor dgn tangan? Ha pelik?? Tak la. Mmg kami mkn gune tgn sbb kuahnya pekat. Tapi dlm majlis, mkn mknn berkuah guna TANGAN mcm tak sopan plak kan. Btw tue mmg budaya org Joho. So jgn nk terkejut sgt ar if nmpak kitorg mkn laksa gune TANGAN oke. Peace.

Saturday, November 22, 2014

Subject degree in Finance AT UiTM

Apa cer dengan masa depan, okay memandangkan aku pon dah nak graduate tahun depan, so nak sambung degree dalam bidang apa ye. emm jap fikir sebentar.. Taktau lagi sebenarnya tapi usha-2 sikit la kan subjek apa yang akan diambil if amek kos tersebut. Aq ingatkan nak keluar je dari bidang yang aku amek sekarang nie which is diploma in finance, nak keluar amek degree in cullinary. cehh. btw setelah pakat-2 dgn member sorg nie, nak try la usha kos yang sama dengan kos aku amek sekarang nie. Degree in Finance. Untong-2 nasib badan boleh transfer credit kan. tapi bila tengok memang a quarter from that subject, aq dah pernah amek sepanjang diploma nie.
Disebabkan sekarang nie study dekat Terengganu negeri pantai timur, so degree nanti aku nak balek negeri asal iaitu harimau selatan Johor Darul Takzim. so pegi la search UiTM yang terdekat, UiTM Segamat. Lagipon u ni universiti baru dan tengah-2 antara Kluang ngan negeri member aku, Melaka. :D




Bachelor of Business Administration (Hons) Finance - (BM222)  
 

Semester 1 
  • ACC418 Financial Accounting
  • BEL402  Language Enrichment
  • BAB/BMD 401 Third Language I
  • ECO415 Economics
  • HBU111 Co-Curriculum
  • LAW416 Business Law
  • MGT417 Information Technology In Business
  • MGT420 Principles and Practice of Management
Semester 2 
  • BAB/BMD 451 Third Language II
  • CTU551  Islamic and Asian Civilization
  • FIN420   Financial Management
  • FIN426   Banking Operations
  • HBU121 Co-Curriculum
  • MKT420 Principles and Practice of Marketing
  • OPM530 Introduction to Operations Management
Semester 3 
  • BAB/BMD 501  Third Language III
  • BEL492   Presentation Skills
  • FIN533/654/66 Personal Financial Planning
  • FIN538   Corporate Finance
  • HBU131 Co-Curriculum III
  • MGT538 Personal Development
  • QMT425 Quantitative for Business Analysis
Semester 4 
  • BEL 422  Report Writing
  • CTU 553 Ethnic Relations
  • ECO553 Monetary Economics
  • FIN542  International Financial Management
  • FIN545  Islamic Finance
  • FIN548  Investment Analysis
Semester 5 
  • FIN541   Malaysian Derivatives
  • FIN657   Issues and Ethics in Finance
  • FIN658   Financial Statement Analysis
  • FIN661   Portfolio Management and Applications
  • MGT648 Research Methodology
  • MGT657 Strategic Management
Semester 6 
  • FIN666 Industrial Training
  • FIN668 Industrial Training Project Paper

    papepon yang terjadi, semoga segalanya berjalan dengan lancar hendak-Nya. 

Thursday, November 20, 2014

Snow Cheese Cake

Oke. Disebabkan aq nie duduk hostel, aq memang ngidam sangat nak buat kek. Tapi apakan daya. Post dulu, buatnya nanti-ii jela. Tunggu cuti sem bulan 1 tahun depan la jawabnya nak bake cake semula. Papepon meh usha sikit resepi kek keju bersalji. :) thorrrbaikk

Snow Cheese Cake
Credit: sitidelima
Resepi dari blog: dapurmas
Resepi asal: myresepi

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

p/s: Korang yang duduk rumah tue, selamat mencuba :D