Tuesday, November 22, 2011

sEbUaH CeRiTa uNtUk kAmU !!

        Bermula la story disini dimana seorang gadis kecil molek yang bernama Aunie Madihah, pelajar jurusan Perakaunan di sebuah universiti terkemuka di Bandar Kuala Lumpur. Hidup Aunie dan keluarganya sangat senang dan memiliki tiga buah banglo yang terletak di Perak, Pahang dan juga Johor.
          Aunie tinggal di rumahnya sendiri yang terletak berdekatan dengan kampus tempatnya belajar iaitu di Damansara Utama. Walaupon baru berusia 19 tahun ketika itu, namun keluarga Aunie sudah membelikannya sebuah rumah mewah bagi kegunaannya. Meskipun lahir dalam keluarga yang mewah, namun Aunie langsung tidak pernah melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan agama. Sikapnya yang selalu tersenyum apabila terserempak dengan orang ramai telah menyebabkan Aunie sangat disenangi oleh orang sekeliling dan juga rakan-rakannya.
          Sikap Aunie yang sentiasa bermanis muka telah menyebabkan ramai lelaki terpikat dengan keayuan wajahnya. Namun begitu dia langsung tidak  pandang semua itu kerana dalam hatinya cuma ada satu nama sahaja iaitu Muhd Fareez Syakirin, jejaka yang pernah membuatkan jiwanya sentiasa inginkan lelaki itu. Namun lelaki itu hanya memandangnya sebagai kawan dan tak mampu untuk menganggap lebih dari itu kerana Syakirin minat rakan sekolahnya iaitu gadis berbangsa cina, Chia Wei Nie. Perasaan Aunie ketika itu sangat hampa dan tak sanggup untuk jatuh cinta lagi. Tapi yang membuatkan Aunie tergila-gilakan Syakirin sehingga kini kerana kata-katanya iaitu minat je, bukan bermaksud memiliki ayat itulah yang menyebabkan Aunie masih menunggu Syakirin.
          Sikap Syakirin yang sentiasa mengambil berat, seorang yang ‘open minded’ dan mudah bergaul ngan sesiapa sahaja menyebabkan dirinya pada pandangan Aunie sangat macho. Tapi rasa cemburu Aunie apabila melihat rakan karib sendiri iaitu Damia Heliza yang sentiasa berbalas komen di facebook dan sering berjumpa dengan Syakirin di sekolah suatu ketika dahulu terpaksa dipendamkan. *tapi Aunie tidak pernah berdendam atau benci kepada Damia* Bagi Aunie biarlah rakan-rakannya nak buat apapun, langsung takkan menggugat ruang hati Aunie untuk Syakirin.
          Nama Syakirin yang pernah terpahat dalam sanubari Aunie suatu ketika dahulu semakin pudar kerana Aunie merasakan Syakirin tidak mungkin dapat menerima Aunie kembali. Aunie semakin give up kerana sudah 3 tahun tidak mendengar khabar berita mengenai Syakirin. Aunie ikhtiar untuk melupakan SYAKIRIN dan mulakan live baru sebagai Madihah yang tidak mengharap lagi cinta lelaki. Boleh ke hidup tanpa cinta ? Boleh kot sebab Aunie sekarang boleh terima hakikat bahawa Syakirin bukan milikkanya.
          Setelah 7 tahun berlalu dan telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Perakaunan, Aunie menganggap hidup sebagai MADIHAH adalah sesuatu yang menyeronokkan. Madihah kini telah menjadi Akauntan professional dan bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Johor iaitu sebuah company yang mengambil kontrak membina prasarana di sekitar Johor. Suatu hari, ketika Aunie sedang makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan syarikatnya, ,adihah terserempak dengan lelaki yang seperti familiar je mukanya. Apabila diamati rupa-rupanya jejaka itu adalah SYAKIRIN. Mukanya tak banyak berumah dengan 10 tahun  yang lalu, teringat pula masa belajar gitar ngan dia. Oh so sweet !! setelah lamunan yag panjang itu, Madihah tersedar apabila disapa oeh seseorang dari belakang dan apabila Madihah menoleh, em rupa-rupanya Syakirin, terus berderau darah Madihah apabila orang yang disayangi 10 tahun yang lalu dan telah luput dari ingatan telah muncul di depan mata. Madihah menjemput Syakirin duduk semeja dengannya dan mereka saling bersalaman. Setelah berbual panjang, baru la Shakirin meluahkah tujuan dia. Rupa-rupanya setelah 4 tahun kami berpisah sebagai seorang kawan, baru Syakirin menyedari tentang cinta Madihah terhadapnya tidak pernah luput setelah Syakirin terbaca artikel di dalam blog Aunie Madihah :

Wahai bdx yg namanya SYAKIRIN. Haha ko tau kan aq mnat ko sjak form 4 ag. Dan skrang baru aq nak cite yg aq syg dan cinta ko. Em walaupon ko xmnydarinya. Tp aq yakin sgt ko akn dtg jg cri aq. Huh rcenye itu musthil kot. Tp klo ko trbace  blog aq nie, hrap ko akn fham. Bye SYAKIRIN <3
          Rupa-rupanya Syakirin ingin meluahkan perasaan dia dan berjanji akan bahagiakan Aunie Madihah. pada mulanya sangat susah bagi Aunie untuk menerima cinta Syakirin, tetapi ia bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Aunie menerima dengan hati terbuka dan sememangnya CINTA Syakirin yang diidamkan sejak dahulu lagi. Hati Aunie Madihah bebunga-bunga gembira dan merasakan hidup nya yang selama ini suram kembali berwarna warni. Syakirin juga ingin meminta maaf sebab abaikan Aunie dan cintanya selama ini. Setelah setahun berlalu, kini Aunie Madihah sah menjadi isteri kepada Muhd Fareez Syakirin, dan mereka jalani kehidupan bersama dengan bahagia.

p/s : Kalau saya AUNIE dan awak SYAKIRIN, em mesti best kan :)
*tak de kena mengena dengan kengkawan aqu*

No comments: