Sunday, December 23, 2012

holiday with the buddyyzz

hai. kitorang baru jerk balik semalam. takde niat nak tulis panjang-panjang la. kitorang pergi 20 Dis sampai 22 Dis 2012. kenangan  memang kenangan. let's check it out!

R&R Pagoh. amek Anipx sekali.

Melaka Wonderland!!

Kami dah dapat. Jom masuk!!

Tag kami.

Cruising time

before cruising

sorry la. tu cikai. em. nak tunjuk jambatan tue sebenarnya

dari kiri: nanad and my lovely teacher Miss Nuha

tepi pantai Puteri sementara menunggu aktiviti sukaneka

malam BBQ. besssttt

hai. pieqa, miss Nuha and Lily

Mr.Zamri dan kami

before makan, lets start a game!

dah kenyang la kami. bas bila nak sampai ni?! >.<
dari kiri: dila, yan, nadO, Ct, lily and nanad

amy, innamul, dila, ct.

kami buddyyzz takkan terpisah :'D

lepas overnight jam 1 pagi. dekat taman berdekatan

kami nak balik dah. bye! *in our room*

Check out pulang ke kampung halaman :(

singgah Bandar Hilir. makan sat kat Seleria

Bowling time after eating. Innamul, Nanad and Bacap

Gaming. hai hai

miss Nuha and Amy masa tengah tunggu giliran bowling. Take a picture sat :)

lepas penat beli barang. duduk la jap. Dataran Pahlawan

yes. this is King and Queen Checkered during BBQ night. oh sooo sweet :b

okay itu saja. rindu gila kot moment dekat Melaka ue. em pape pon kenangan tetap hidup dalam ingatan. bye !! have a nice day!

hai saya berjaya rembat gambar ni. Amirul and Innamul :P


Sunday, December 16, 2012

A bucket of Answer


Sebenarnya dah lama dah memikirkan jawapannya. tapi satu soalan punya pasal, dah tertangguh aku nak post :). Berbelit pulak tue aku nak spealing.. haha sori kalau speaking lari ke laut. here my answer !!

1. If you were given a chance to become idol/singer, who you want to be?
I want to be like Shilalas. Yeah she is talented and can create her own songs until universal. So I can create a new songs for my ….. . haha :P Just a skeleton in the cupboard. And she got the succes on her own effort.

2. The character that you love in your fav. movies/dramas that you want to make as your boyfriend.
Emmm maybe Harris in Miss Wave (Ombak Rindu) haha. Tapi part last ye bukan yang first. He is caring, responsible , understood and loving person.

3. Describe about your style *example : casual, punk bla bla.
Pinky style maybe. Oh no. I have alots of style. Haha banyak sangat ^-^. I wore clothes that I feel comfortable and affordable :)

4. If you were given a chance, what ability/talent that you want?
Can speak Arabic. So that I can learn and understand the content and benfits of al-Quran. Besides, I want a very brilliant brain. I can fight with an enemy and defends our religious !!

5. The person that you always get jealous because her/his ability/talent? *example : mother, friends bla bla
My friends =) no need to know kay. She is clever, gorgeous and have alots of friends. em

6. The first web that you open when you switch on your laptop/computer *example : twitter, google bla bla
Twitter. Pastu Facebook, Blog, Game. Padahal takde function pon buka twitter lelama. More prefer to game.

7. Tell me about your dreams that you feel that you will never get it.
I want to meet you fav singer Justin Bieber. Haha very impossible. I want to get married with the son of Microsoft owner, Bill Gates. Boleh tak !!

8. Have you been punished in school and why?
Takde-2. I’m a good girl. Haha. I must to sit on the floor and finish my homework in front of my class. Huh my mistake because …. . I like to create a memory.

9. Country/place that you really really want to go and why.
Paris. I can shopping, eat alots of food and see the Eiffal Tower. Furthermore, Paris have a best view of place. I want to go around the world and visit ‘Bandar Warisan UNESCO’. I want to Makkah.

10. Job that you dream to get and give some reasons.
Chartered Accountant and Gabenor of Malaysia because all my jobs relate to money. I love money. With money, I can go everywhere and eat what I want.

11. Your fav. disney cartoon *example : cinderella, aladdin bla bla
Barbie and the Rapunzel. Dan cerita yang ada pari-pari kecil yang terbang tue.

12. Song that relate to your life and give some reasons.
Ada ker. Takde kot. Ha tak pon kau pikirkan untuk aku c(:

13. First person that you add in your facebook.
 huh kau nak suruh aku scroll sampai seribu orang. haha cari sendiri la ye :P "Actually dari tadi aku scroll. dah la lain lembap -.-"

14. What is your fav. quote?
What is fav? I like to eat. I like love and islamic quote. Quote: ‘Be yourself’, ‘Life without procastination’, ‘I love you !!’

15. Describe about your blog theme *including content and colour
Theme. Of course pinky and smooth colour. Mix content. About my life, like my online diaries. But also have some tutorial.

Thanks for reading. Sorry for ridiculous answer >.<

A pail of Answer :*


Kepada Farah. ha ni aku dah jawab kau punya soalan. btw thanks jawab soalan aku kay. nah baca ni !!

1) nama manja yang dipanggil oleh keluarga kamu ?
Adik, Siti. Ha tue je kot. Fatimah hanya dipanggil oleh kengkawan, tapi diorang pon panggil aku siti or kechix. Huh tak tau la :)

2) kalau berpeluang bercuti di luar negara, negara mana yang korang nak pegi dan dengan siapa ?
Perancis. Nak pergi dengan bestie sebab kitorang ni memang suka shopping. Lagipon dekat Perancis ada roti Perancis. Haha sedap dimakan dengan chesse. Yummy

3) insiden yang tak boleh lupa semasa zaman persekolahan ?
Pi main lari-lari *eh ada ker*. Tak la. Masa tue sambutan Kemerdekaan’12 dan diam jerk sampai abes majlis. Menangis sengsorang dekat tandas sampai tersedu-sedu dan tak tau apa punca, sebab musabab nak menagis sebegitu teruk. Em hobi agaknya :?

4) tabiat yang biasa dilakukan sebelum tidur ? *macam sikat rambut, sapu losyen...
Kulit saya tak perlukan losyen segala bagai tue lagi :P haha main game kat lappy, game Snake kat fon 33 seposen. Dah penat main game then berangan jap ha kan dah tertidur .. zZZzzzZ

5) siapa idol kamu dan jika berpeluang bertemu dengan beliau, apakah yang kamu ingin perkatakan ?
Idol?? Huh takde kot.Tapi nak jumpa dengan orang yang sain dekat duit aku tue. Siapa tue. Em Zeti Aziz. Ish berani menconteng duit aku. Haha *gurau*. Aku nak tanya dia macam mana nak gantikan tempat dia suatu hari nanti. Biar aku sain duit dia pulak :P
6) andai wujudnya alam fantasi, negara yang macam mana kamu nak bina ?
Beautiful, colourful, meaningful. Negara yang banyak makanan, boleh shopping, no rule, no argue dan semestinya ada tongkat ajaib !! macam dalam cerita fantasi Barbie. *Barbie ada tongkat ajaib ek??*

7) makanan pilihan korang apabila berada di MCD.. ?
Tak suka makan MCD actually. Tapi suka something yang besar, have a lots of chesse. 

8) satu hari , masa tengah dating dengan bf, kamu terserempak dengan ex kamu, dia senyum, apa yang korang akan buat, and kenapa ?
Aku akan senyum balik la. Tak perlu nak lari ke hapa ker sebab memang dah bukan jodoh kami untuk bersama :’( sobs sobs. Pastu belanja ex pergi makan ke pergi hangout ke. Kan best sayang macam kawan :)

9) andaikan satu hari nanti kamu antara orang yang berjaya, siapakah kamu pada masa tu ?
Saya seorang doktor falsafah dalam bidang Perakaunan ! Prof. Dr Siti Fatimah binti Zulkifli. Amiiin :) doakan jugak tau

10) tempat yang tak boleh miss bila hangout dengan kawan ?
NLW aka Nasi Lemak World denga Tasik Putih. Ha tue dulu, tinggal kenangan. Sekarang ni asal keluar jerk mesti gatal nak karok. Makan maggi cup dalam bilik karok. Haha degil betol

11) impian yang dah lama dipendam dan sekarang dah tercapai pun ? *contoh, dapat lappy baru ke... dapat beli motor ke... hehehe
impian hanya tinggal impian. Takde impian. Tapi sekarang dah ada lesen moto. Nak sangat buat lesen kete pulak >.< abah tak kasik sebab nanti dia kata asyik nak merayap jerk. Haha memang pon

12) perkara yang kamu benci apabila keluar dengan lelaki ? *merokok ke, meludah ke...
Lelaki merokok dah biasa dah tapi kalau boleh jangan la merokok. Tak suka bila lelaki cakap benda yang bukan-bukan dan buat benda yang aku sendiri tak suka buat.

13) apa yang kamu rindu tentang kawan kawan kamu ?
Rindu nak hangout, jalan sesama, gosip pasal lelaki. Gelak macam pontianak dalam kelas dan pergi berebut makanan dekat kantin. Tapi sekarang benda-benda tue semua macam dah tak boleh buat bersama jerk :(

14) antara novel cinta dengan novel seram, mana satu pilihan kamu, dan kenapa ?
Tak minat novel la. Baca novel tak pernah habis. Saya seorang yang cepat bosan. You know me right. Tapi kalau rajin, prefer novel cinta la kot.

15) selepas menjawab soalan soalan apakah perasaan kamu ?
Agak mencabar hati dan perasaan. Tapi tak sesukar jawab SPM. Haha memang la.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday, December 13, 2012

Quest ...


Niat disini bukannya nak menaip banyak sangat. Kay just straight to the point and check it out what I have thinking about you :

1. How old are you now ?Years, weeks, days. Or maybe hours, minutes, seconds *just kidding*
2. What is your favourite movie and with whom ?
3. Suka hangout dekat mana? Last hangout bila?
4. Moment paling best?
5. Peristiwa yang paling menakutkan dan tak mungkin dapat dilupakan?
6. Benda paling nak sangat buat dengan bestie?
7. Sesuatu yang mungkin anda fikir dan takut benda tue akan terjadi dan sekarang benda tu dah terjadi !ha faham tak soalan??
8. Your evening cartoons and night movies?
9. Suka character cartoon yang mana? Spongebob, Ben10, Conan or someone else?
10. Anda seorang yang …. ?
11. Suka subject apa kat sekolah dan cikgu sapa paling anda suka dan baik?
12. Suka penyanyi solo dan berkumpulan yang mana selain k-Pop?
13. Pandai masak tak? Masak apa?
14. Bila ada free time suka buat apa dan kalau boleh nak buat benda tue.
15. Dah bersedia nak dirikan masjid. Haha soalan tak kena langsung. Actually apa ciri-ciri lelaki idaman dan nak jadikannya yang halal :))

Hehe selamat menjawab la ye. Khas untuk MG dan AH tapi yang lain nak try pon boleh tapi tinggalkan la jejak kat Shotbox kay. Haha aku akn jawab soalan kau pulak amy. Wns :DD









Resepi kejayaan.



Ini bukannya ilmu tapi ini adalah petua untuk berjaya. Petua ni pakcik aku yang kasik. Dia kata benda ni dia belajar daripada mimpi. Ya MIMPI !!Tak semua boleh mimpi yang boleh disebarkan ilmunya sebagai sesuatu yang berguna. Dan benda yang pakcik aku mimpikan ni pon macam aktiviti harian yang biasa dilakukan dan ramai dah tahu. Tapi ilmu yang baik patut disebarkan.Kita sebagai manusia kenalah sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan.Yang buruk harap dijauhkan :).Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.Amal tanpa ilmu adalah sesat. Okay ini ada beberapa tips yang boleh dijadikan amalan kita semua untuk menjadi yang terbaik di mata manusia dan jugak disisi Allah.

ü  Paling penting solat 5 waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’.
ü  Puasa di bulan Ramadhan.
ü  Amalkan rukun Islam dan rukun Iman
ü  Banyakkan uat perkara yang sunat
ü  Sedekah ikut kemampuan
ü  Jangan bongkak kat atas bumi Allah
ü  Puasa Isnin dan Khamis. Kalau boleh amalkan
ü  Lepas solat baca ayat al-Quran walaupon sepotong ayat.
ü  Amalkan ayat Kursi. Ayat ni umpama pelindung kita.
ü  Baca Yaasin. Hati al-Quran
ü  Amalkan baca al-Fatihah dan selawat al-Fatih
ü  Susah senang kena ingat Allah
ü  Sentiasa berbuat kebaikan

Tips ni pulak macam muhasabah diri jugak. Untuk menyedarkan kita mengenai apa yang kita dah lakukan sebagai khalifah Allah di atas bumi ini :

Pandang dan tenung muka ibu bapa dan tanya pada diri apa yang kita dah lakukan, benda yang kita lakukan sampai menyakitkan hati mereka, tak nak dengar kata mereka. Dan berfikirlah sejenak apa perasaan mereka bila kita berjaya atau membuat sesuatu yang boleh membahagiakan mereka.Bayangkan kesakitan yang dilalui mereka untuk melahirkan dan membesarkan kita.

InsyaAllah kalau kita amalkan, kita akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Assalamualaikum :DD bye

Friday, December 7, 2012

Dreaming.


Dreaming?? Bukan dream yang impian tue. Tapi mimpi. Bak kata orang tua-tua, mimpi mainan tidur. Tapi masalahnya aku dah baca al-Fatihah, surah 3 kul, selawat Fatih, ayat kursi dan sebelum tidur ambil wuduk then tidur. Kata orang kalau diamalkan baca ayat-ayat ni, malaikat akan lindungi kita sepanjang kita tidur dan InsyaAllah tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan. Tapi apa makna disebalik mimpi aku ni. Dah tiga malam berturut-turut mimpi. Bukan mimpi yang sama tapi ‘pelakon’ dalam mimpi tue sama iaitu kengkawan aku. Ya budak-budak 5IT’12. Kenapa ?? persoalannya disini kenapa?? Adakah aku rindukan mereka atau dah lama tak jumpa diorang (padahal tak sampai sebulan pon kitorang tak jumpa). Em tak tau la. Maybe rindu kat awak, dia, kau, yang tue, yang ni, sebelah aku, belakang aku, depan aku, belakang sekali, yang sana, yang sini, yang bising, yang lawak tak habis, yang diam jerk, yang suka merayap, mereka, kamu oh semua sebenarnya.

Mimpi 1 : 3 hari lepas, Khamis 8 Dis 2012
Ni sehari lepas kitorang keluar bandar. Aku, dila dengan amy. Tak berapa ingat la mimpi ni, jap ye ingatkan balik ……. Ha mimpi ni macam camcorder. Merakam apa je aktiviti kitorang pada petang tersebut. Sebijik dengan apa yang kitorang buat pada petang tue. Pergi umah dila. Naik kereta. Pergi bandar. Jalan-jalan. Pergi makan. Semua la. Emm maybe aku penat sangat sampai terbawa-bawa benda petang tadi ke mimpi. Mana taknya keluar pukul 10, balik 5 lebih. Huh

Mimpi 2 : 2 hari lepas, Jumaat 9 Dis 2012
Mimpi ni pon berkaitan dengan kitorang keluar hari khamis. Tapi mimpi ni macam khusus untuk Amy sebab Amy macam watak utama dalam mimpi ni. Amy ada ramaaaiiii adik (padahal Amy anak tunggul, eh tunggal :P). Adik dia ada 6 ke 7 macam tue. Amy la yang kena uruskan makan minum adik-adik dia nak pergi sekolah. Masa tue duduk dekat bangunan kosong yang dah buruk. Dah macam pengemis dah. Haha. Dia ada jiran. Duduk sebelah umah dia. Tapi ni family semua lelaki. Tapi lelaki tue hensem. Haha sempat lagi nak menilai. Kay lepas tue amy kejar adik-adik dia naik motor. Ha jalan tue sebijik jalan kat bawah library. Kiranya bangunan buruk tue library kot. Amy bawak motor laju pastu hampir nak kena langgar dengan loro sebab tak sempat nak brek lepas turun bukit. Nasib baik selamat. Lepas tue aku tak tau apa jadi sebab aku dah terbangun.

Mimpi 3 : malam tadi, Sabtu 10 Dis 2012
Mimpi ni lain sikit. Hampir kesemua budak 5IT ada. Tak tau apa motif dan jalan cerita mimpi ni. Lokasinya macam kat rumah aku. Kitorang main game. Ap tah. Dalam bilik aku ada aku dengan Intan. Kat luar ada Miss Nuha, Ajib, Pikha, Chepah. Lagi sapa ek?? Yang lain aku tak pasti sapa tapi ramai lagi sebenarnya cuma tak nampak muka jerk. Ha mimpi ni macam datang kejap jerk then mak aku kejut ajak gi joging tapi aku tak bangun. Haha pemalas :P

Tue je kot aku nak coretkan disini. Em mimpi oh mimpi !!

Tidur sebentar didalam tampi,
Bangun tersentak baru undur,
Jangan taksub dengan mimpi,
Mimpi hanyalah mainan tidur.
Salam manis :
Qazreena Maisarra

Wednesday, December 5, 2012

Jambatan Tertinggi di Dunia


Millau Viaduct 
merentasi lembah Sungai Tarn di Millau, selatan Perancis.Knetinggian 343 meter.

Royal Gorge Bridge 
merentasi Sungai Arkansas, berhampiran di Canon City, Colorado, Amerika Syarikat.Ketinggian 321 meter.

Akashi-Kaiky Bridge
menghubungkann Kobe di Pulau Honshu hingga ke Iwaya di Pulau Awaji di selat Akashi.Ketinggian 298 meter.

New River Gorge Bridge 
menghubungkan New River Gorge, Fayetteville, barat Virginia ke pergunungan Appalachian, Amerika Syarikat.Ketinggian 267 meter.

The Great Belt Fixed Link 
menghubungkan Zealand dengan pulau Funen di Great Belt, Denmark.Ketinggian 254 meter.

The Golden Gate Bridge
menghubungkan San Francisco ke Marin County, Amerika Syarikat.Ketinggian 254 meter.

Tatara Bridge
menghubungkan pulau Honshu ke Shikoku di seberang laut pedalaman Seto, Jepun.Ketinggian 220 meter.

The Verrazano-Narrows Bridge
menghubungkan Brooklyn ke Staten Island, New York, Amerika Syarikat.Ketinggian 211 meter.

Pont De Normandie 
menghubungkan Le Havre ke Honfleur di Normandy, utara Perancis.Ketinggian 165 meter.

Jambatan Pulau Pinang 
menghubungkan Seberang Prai k Gelugor di Pulai Pinang, Malaysia.Ketinggian 101 meter.

Sumber : Sinar Harian, Isnin 3 Disember 2012

InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, aku nak bawak family aku melawat dan lalu jambatan-jambatan ni. Berharap sangat-sangat dapat tengok keajaiban dunia ni. Lagi satu, nak melawat  tempat warisan dunia yang telah diiktiraf oleh Unesco. Next time nak buat post pasal tempat warisan dunia pulak kalau berkesempatan kay.Bye :D

Salam Sayang:
Syaqeera Amaleena

Saturday, December 1, 2012

Welcome Disember !!



Bersama rakan mengemudi kehidupan,
hadapi ranjau dengan kecekalan,
segala kenangan mari disimpan,
usah dilupa harap berkekalan.

Hai guys.Disember datang lagi.Ianya membawa seribu satu makna dan kenangan.Dan disember jugak menunjukkan bahawa kita semua sudah berada di akhir tahu.11 bulan yang lalu pastinya mencoretkan kenangan yang tak mungkin kita lupakan. Sesuatu yang akan kita kenang buat selamanya. Bulan Januari yang lalu, pada hemat kita kehidupan yang perlu kita tempoh sepanjang tahun pasti akan menerbitkan rasa bosan dalam diri kita kan. Satu masa yang dirasakan sangat panjang dan lama untuk ditempuhi.Dan pejam celik pejam celik dan masuk bulan Disember rupanya.Terasa sayang rasanya nak meninggalkan tahun 2012 dan zaman persekolahan. Pasti korang semua ada jugak rasa apa yang aku rasakan.

We never know what’ll come of this, it really just depends,
I’m glad we’re taking the first step, we’re becoming better friends.

Tapi aku sebenarnya takut yang kengkawan aku akan berubah. Yela.Masing-masing ada life tersendiri.Begitu jugak aku. Tapi dalam persahabatan ni kita kena amalkan give and take. Jangan terlalu nak orang ambil berat pasal kita, sekali-sekala jengah la kehidupan kawan-kawan yang lain dan ambil tahu pasal mereka. Ha tulah yang dinamakan give and take. Lagi satu “jangan mencari alasan untuk menyayangi kerana sayang itu akan hilang pabila alasan itu tiada lagi. Biarlah menyayangi tanpa alasan kerana perasaan itu tidak akan pernah hilang dari hidup kita”

Next time aku taip lagi. Bye

I’m trying to live in the moment, by forgetting about the past,
And so far it’s been working, and it’s really been a blast.

Much love :

Qyrrana Allyieafeera