Saturday, January 24, 2015

Be strong.




Assalamu’alaikum…



Sejak dua menjak nie tak tau la kenapa perasan bercelaru. Sedih, gembira, suka  duka semuanya ada. Taktau la. Aku hanya mengharapkan kekuatan dalaman mampu menghapuskan segala kesedihan yang sedang aku alami sekarang nie.

Dok meroyan dekat twitter bukannya apa, just nak lepaskan geram dan tekanan je. Agak2 menyemak dekat TL korang tue, unfollow jela aku. Huhhh. Sorry la. Perempuan emosi tak stabil memang macam tue. Harap faham! Dengan kau yang buat hal dok senyap tak reply chat aku. Aishh makin la bertambah geram aku tahu. Kau tahu apa kan.


Sekali kita dah buat salah, segala macam benda dia ungkit. Segala kebaikan yang diakukan selama ini pon lenyap gitue je. Apalah nasib. Cuba untuk jadi yang terbaik tapi takkan pernah nampak pon. Dia lebih sayangkan yang lain tapi bukan aku! Dah biasa dah hdup macam nie. Dah hampir 20 tahun bernafas.

Apa yang perlu aku buat sekarang ini adalah kuatkan diri dan cuba untuk mematangkan fikiran. Tak perlu nak sentap semua yang berlaku. Wat chill wat lek. Biar keadaan yang menentukan. Kita nie sapa jekan. Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Hanya menunggu masa. Cuba untuk lari daripada masalah dengan duduk diam2 tanpa berkata. Tapi sampai bila.

Diam lebih baik daripda berkata-kata benda yang boleh menyakitkan hati kita dan mereka yang mendengarnya. Ketika marah atau sedih, cuba untuk mendiamkan diri tanpa berkata-kata. Kalau terikutkan perasaan, kelak kita sendiri yang akan merana. Setiap kata yang keluar ketika marah adalah kata2 daripada hati kita sendiri. Janji yang dibuat ketika gembira adalah sesuatu yang palsu sebenarnya.

Ambil masa untuk tenangkan diri sendiri dan akan kembali normal jika waktu dan ketika mengizinkan. Aku hanya nak korng faham dan cuba bagi aku ruang untuk hapuskan rasa bersalah dalam diri. Percayalah aku mampu bawa diri sendiri, jaga diri leklok, berdikari dan simpan perasaan. Kau tak perlu risau akan diriku ini. Hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan.


Setiap detik setiap saat kalau aku teringatkan benda yang kau cakap, aku akan lari dari semua orang dan menangis. Tapi tangisan yang tak didengari sebab taknak korang tahu yang aku sedang menangis. Aku perlu kuatkan hati. Mencari kekuatan dalam kelemahan diri sendiri.penat dah nak menangis. Aku mintak maaf.semua ini salah aku.
Kadang2 aku keluar lepak pon just nak tenteramkan perasaan. Even keluar bukan untuk sharing perasaan tapi sekurang-kurangnya aku boleh lupakan segalah masalah aku. Melihat kebahagiaan orang lain sudah cukup untuk buat aku gembira.



Thursday, January 22, 2015

Tutorial 18: Blur Background using CS4

Assalamu’alaikum…

Harini nak tunjuk the simplest way untuk blur-kan background dalam gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop CS4.


STEP 1
Pilih gambar yang nak diedit. ADOBE PHOTOSHOP CS4 >> CTRL+O

STEP 2
Click dekat EDIT IN QUICK MASK MOOD >> BRUSH TOOL


STEP 3
Brush gambar yang nak dibuat BLUR. Tempat yang di-brush akan jadi kaler merah.


ZOOM gambar untuk BRUSH tempat yang sukar
STEP 4
Bila dah puas hati, tekan semula button EDIT IN QUICK MASK MOOD (macam dekat gambar bertanda '1')

STEP 5
Choose SELECT >> INVERSE


STEP 6
FILTER >> BLUR >> LENSA BLUR


STEP 7
Adjust range for the blur needed and click OK.


STEP 8
 SHIFT+CTRL+S to save the picture and make sure the format either *PNG or *JPEG.





HASILNYA :
Difference

Good luck :)














Tuesday, January 20, 2015

Cerpen seram (comprehension text final exam Julai 2014)

Bermulanya sebuah cerita.


Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kepada sahabat baik mereka. Mereka menggunakan jalan lama sebagai jalan pintas untuk sampai cepat ke rumah sahabatnya. Mereka rancak berbual dan bergurau sepanjang perjalanan. Perbualan mereka terhenti apabila mendengar berita terkini daripada siaran radio tempatan yang menyatakan bahawa seorang pembunuh kejam telah terlepas daripada tahanan polis berhampiran dengan kawasan yang mereka sedang lalui tersebut.

Apabila hampir 50 batu dari rumah kawan mereka, tiba-tiba kereta yang dipandu mengalami kerosakan pada bahagian enjin. Pada ketika itu, mereka sedang melalui jalan yang sunyi dan tiada pengguna jalan raya. Mereka terpaksa berhenti di tepi jalan dan ikhtiar untuk mendapatkan pertolongan. Si isteri berasa sangat takut tinggal berseorangan ketika suaminya pergi ke kawasan kejiranan terdekat bagi meminta pertolongan. Lebih-lebih lagi apabila teringat bahawa penjenayah tersebut mungkin berada di sekitar kawasan tersebut.

Si suami menyuruh isterinya menyorok di tempat duduk belakang di bawah selimut yang mereka bawa. Kunci semua tingkap dan jangan buka pintu melainkan dia mendengar tiga kali ketukan daripada suaminya. Si isteri menurut perintah suaminya manakala suaminya hilang dalam kegelapan malam untuk mendapatkan pertolongan.

Beberapa jam kemudian si isteri terdengar bunyi bising di luar kereta dan disusuli dengan bunyi ketukan 'knock' 'knock' 'knock' sebanyak tiga kali, dan menyangka itu adalah suaminya. Namun ketukan itu berterusan sehingga ke pagi. Sepanjang malam tersebut si isteri tidak boleh tidur kerana berasa curiga dalam ketakutan di samping berfikir mengapa suaminya masih tidak datang bagi menemaninya disitu.

Selepas matahari terbit, si isteri berasa sangat bersyukur apabila terdengar bunyi siren beberapa buah kereta polis menghampiri keretanya. Seorang anggota polis meluru ke arah kereta bagi mendapatkan wanita terbabit. Polis mengarahkan wanita tersebut supaya masuk ke dalam kereta polis bagi menjaga keselamatannya dan diarah supaya tidak menoleh ke belakang sekalipun. Wanita tersebut berasa pelik dan curiga mengapa dia tidak dibenarkan melihat ke belakang.

Apabila menghampiri kereta polis tersebut, wanita tersebut berhenti dan menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya wanita terbabit apabila menyedari ada sekujur tubuh kaku tergantung di pokok di atas keretanya sambil dibuai angin pagi adalah suaminya yang pergi mendapatkan pertolongan malam kelmarin. Rupa-rupanya bunyi ketukan yang berulang kali yang didengar sepanjang malam tersebut datangnya daripada kaki suaminya yang seperti melantun kerana tergantung di pokok.

Pihak polis mengesyaki bahawa kematian suami wanita tersebut mungkin dibunuh oleh pembunuh kejam yang terlepas daripada tahanan polis semalam berdasarkan kesan pergelutan dan lebam di tubuh mangsa. Si isteri berasa sangat sedih dan rebah menyembah bumi.

Tamat...

Cerita ini berdasarkan comprehension text final exam UBI1012 2013/14 pada 31 Julai 2014 hari tue. Tetiba pulak ringan tangan nak menaip cerita tue versi melayu. :D
Menarik dan sedih bila betul-betul faham. Kasih sayang suami terhadap isteri tercinta hingga akhir hayatnya.

Monday, January 19, 2015

Tutorial 17: Letak lagu youtube dalam Blog

Assalamu'alaikum..

Tutorial harini agak menarik sikit. Menarik?? Iye. Sebab apa? Sebab tutorial nie membolehkan korang letak lagu banyak banyakk banyakk dalam blog korang. Bukan 1 je lagu tau. Macam dalam blog nie la, yang kat bawah tue. Cer tekan button kat tepi belah kanan ue, boleh pilih lagu yang ada. Dah jngan buang masa. Yok kita tengok tutorial bawah nie. Jumpa tutorial nie pon daripada blog OH Budax B masa nak customize bog yang dah sekian lame tak terusik nie.. Pi la try usha blog dia okay :)

First, kena cari code dia dulu dekat SCM Music Player, then baru copy code ke dalam blog ye.

STEP 1
Click SCM Music Player then pilih SKINS yang korang nak. Tekan NEXT.


STEP 2
Isi nama lagu dan URL lagu. Then tekan NEXT.

Contoh kedudukan SONG TITLE dan SONG URL dalam youtube


STEP 3
TICK-kan sebijik macam dalam gambar ye. Yang BOTTOM ue boleh jugak tukar kepada TOP. Nanti dia punya music player-nya ada kat atas la.


STEP 4
Akan keluar CODE macam dalam gambar nie kan. Oke bole COPY or just tekan CTRL+C.



STEP 5
Okay bukak dashboard blog pulak kita. 
Dashboard >> Layout >> Add a gadget >> HTML/ JacaScript

STEP 6
Dah?? Paste code yang dah di-copy dalam STEP 4.

STEP 7
Click SAVE! Then PREVIEW oke before SAVE ARRANGEMENT.

Good Luck :)




Sunday, January 18, 2015

Cuti Semester


Alhamdulillah berakhir sudah final exam. Memasing sibuk nak keluar exam hall awal sebab nak berjimba sakan dan keluar bagi membeli ole-ole. Aku watlek steady je tunggu member aku keluar baru aku kemas barang dn keluar jugak. cehhh

Semester yang menguji kesabaran aku. Yela mana taknnya just plus minus 4 months only kena catch up everything before jumpa FINAL EXAM. Btw kami sado-kan hati jugak untuk habiskan dan hadamkan segala ilmu yang lecture kasik masa dalam kuliah. InSyaAllah everything gonna be okay. Rasa debor puak menunggu result yang dijangka keluar pada hujung bulan ini. Papepon doakan yang terbaik.

Itu semua hanyalah cerita seminggu yang lalu iaitu last payyper pada 12 Januari 2015. fuhh 2 tahun kitorang berdepan dengan exam :P . Dari 29 Disember 2014 sampailah 12 Januari 2015. Sekarang nie duduk umah dah 7 hari dan 7 hari jugak aku makan, makan dan makan. Mak aihh nie balas dendam sebab tak dapat makan banyak kat hostel ke achane. ngengg

Budak-budak lain cuti sampai raya cina. Aku?? 1 Februari dah kena balek Terengganu. huaaaa tapi takpe. Aku punya diploma bakal berakhir tak lama lagi iait pada 3 Jun 2015 :D. Maknanya aku akan berpuasa dan beraya sakan la kat rumah memandangkan aku nie takde LI. Ntah la. Aku pon taktahu kenapa. Maybe sebab aku punya struktur baru kot di mana diploma hanya 2 tahun je. 2 tahun je?? iyeee sakitnya tuhan je tahu macam mana rushing nak abeskan syllabus.

Okay la. Btw jumpa SEM 6 nanti ye kawan-kawan <3.. SEM 6 yang bakal lagi tough super duperr tough among the other sem. Prepare your mental n memory before naik sem nanti di mana kita akan belajar subjek core FINANCE seperti credit management, international finance, islamic business ethics, islamic financial market and institutions, security analysis and research methodology.. fuhh baca nama subject pon dah semput. ALL THE BEST guys.. see ya 

Nama-nama dalam Islam



Assalamu’alaikum semua..

Malam tadi punya la bosan belek fon dan tergerak la hati nak cari maksud nama NADI ANAQI iaitu nama anak sulung kepada pelakon kacak lagi bergaya dan pasangannya > Zahiril Adzim & Shera Ayob <. Menurut web crazyartzone.com, maksud NADI adalah tempat pertemuan manakala ANAQI pula keindahan yang menawan hati. NADI ANAQI membawa maksud yang indah bila digabungkan.

Nadi Anaqi, Syera Ayob, Zahiril Adzim
Lagi satu nama yang cukup cantik dan menarik minta saya adalah nama kepada pelakon jelita dan suaminya yang ala-ala oversea gitue > Che Ta & Zain Saidin <. AAISYAH DHIA RANA yang bembawa maksud sinar kecantikan.

wahh bergaya gitu Aaisyah Dhia Rana dalam handbag pink
Semoga keindahan maksud dalam setiap nama akan membentuk keperibadian yang elok dan baik bagi pemilik nama tersebut.

Saya tertarik juga untuk cuba menggabungkan nama-nama yang baik bagi mencipta nama yang indah tetapi unik. Nak beri nama kepada anak, tapi kehidupan sebagai seorang student masih jauh lagi. Banyak benda yang kena diperbaik pada masa depan. Jodoh, ajal, maut, rezeki semua rahsia Allah, InSyaAllah ada jodoh sampailah kita ke jinjang pelamin dan ke pintu syurga. Ehh eh sudah.

GAMBAR ANAK FAEZAH ELAI & HEYKAL HANIFAH
Dealova Heyrinna, nama anak Faezah Elai & Heykal Hanifah
Nama perempuan:
1.       Dhofwatul’aisy Khairiyyah – Kesenangan dan kelapangan hidup, baik dan beramal.
2.       Rahadatul’aisy Husniyah – Kemakmurn hidup, kecantikan.
3.      Qurratu’ain Yadawiyyah – Yang pandai, sedap mata memandang

Ahmad Fakharuddin Attar, anak kepada Wawa Zainal & Ariel Zafril
Nama lelaki:
1.       Helmy Bahiyy al Din – Lembut, ketenangan, keindahan iman
2.       Zaim Khofiqur Ruh – Pemimpin yang menarik hati
3.      Nu’man Izzul Haq – Kebaikan, kenikmatan, kemuliaan yang haq


Itu sahaja nama yang pada saya sangat unik tapi membawa maksud yang baik. Jika ada tersilap atas maksud yang diberikan, saya dahulukan dengan jutaan maaf. Okay semoga kita berjumpa lagi. Bye :)

p/s: Gambar sumber dari google.com