Sunday, January 27, 2013

Easy way to delete facebook


terjumpa entri FizzGraphic pasal benda ni. actually benda ni untuk padam akaun facebook orang yang telah meninggal dunia ekoran daripada kita dah mati kutu nak delete akaun FB dia kan. kita bukannya tahu password dia ke apa ke kan. so baca la ENTRY ni okay. just untuk share je.
bye :)

Friday, January 4, 2013

Dengarlah nasihat mereka


Nasihat di bawah ini sumber dari Internet dan buku-buku Ilmiah. Kawan baik saya yang cari untuk projek sekolah dia. Tapi saya copy dan post di sini semata-mata ingin berkongsi antara nasihat yang berguna dan diharapkan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. :)

Dosa Yang Seburuk-Buruknya Kepada Rakan Kita Bukanlah Kerana Kita Benci Akan Mereka Tetapi Kerana Kita Bersikap Bermuka-Muka Terhadap Mereka.(George Bernard Shaw)

Jagalah Dirimu Baik-baik, usahakanlah kemuliaanmu kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab. (Nabi Muhammad Saw)

Semulia-Mulia Manusia Ialah Orang Yang Mempunyai Adab Yang Merendah Diri Ketika Berkedudukan Tinggi, Memaafkan Ketika Berdaya Membalas Dan Bersikap Adil Ketika Kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)

Ciri-Ciri Orang Yang Beradab Ialah Dia Sangat Rajin Dan Suka Belajar, Dia Tidak Malu Belajar Daripada Orang Yang Berkedudukan Lebih Rendah Daripadanya.(Confucius)

Manusia Masih Berbuat Jahat Padahal Sudah Ada Agama, Bagaimana Jadinya Kalau Tidak Ada Agama ?(Benjamin Franklin)

Agama Tanpa Ilmu Adalah Buta.Ilmu Tanpa Agama Adalah Lumpuh.(Albert Einstein)

Pelajarilah Ilmu. Pelajarilah Ilmu Untuk Ketenteraman, Tetapan Hati Dan Kelembutan Jiwa. Tunduklah Dengan Merendahkan Diri Kepada Guru Anda.(Saidina Umar Bin Al-Khattab)

Pengetahuan Ialah Teman Anda Yang Terbaik. Pengetahuan Sentiasa Mengikut Anda Kemana-Mana Pun Anda Pergi. Tatkala Semua Orang Menolak Anda.Pengetahuan Tetap Membisikkan Sesuatu Yang Berharga.(Dr. H.M Tuah Iskandar Al-Haj)

Teman Sejati Ialah Orang Yang Meraih Tangan Anda Dan Menyentuh Hati Anda.(Heather Pryor)

Lebih Sedikit Orang Menggunakan Akalnya, Lebih Banyak Pula Ia Berkata-Kata.(Saidina Ali Bin Abi Talib)

Walau Bagaimana Alim Pun Seseorang Itu Dia Tidak Akan Dapat Manfaat Daripada Ilmunya Selagi Ilmunya Tidak Berpedoman Kepada Akal.(Lukmanul Hakim)

Istilah Tidak Ada Masa Bukan Merupakan Alasan Yang JUJUR Kerana Pada Dasarnya Kita Semua Memiliki Masa 24 Jam Setiap Hari.Yang Perlu Ditingkatkan Ialah Membahgikan Masa Dengan Lebih Cermat.(George Downing)

Kepuasan Terletak Pada Usaha, Bukan Pada Hasil. Berusaha Dengan Keras Merupakan Kemenangan Yang Hakiki.(Mahatma Gandhi)

Waktu Ialah Penasihat Yang Paling Bijaksana.(Pericles)

Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Dengan Kurangnya Kebijaksanaan Atau Kemahiran.(Flower A. New House)

Adil Ialah Menimbang Yang Sama Berat, Menyalahkan Yang Salah, Membenarkan Yang Benar, Mengembalikan Hak Yang Empunya Dan Jangan Berlaku Zalim.(Hamka)

Kebahagiaan Terletak Pada Kemengan Memerangi Hawa Nafsu Dan Menahan Kehendak Yang Berlebih-Lebihan.(Imam Al-Ghazali)

99 Peratus Kegagalan Datangnya Daripada Orang Yang Suka Memberikan Alasan.(George Washington Carver)

Kegagalan Bukan Bererti Kehancuran Tetapi Jadikanlah Kegagalan Itu Sebagai Batu Loncatan Untuk Mencapai Kejayaan.(Pythagoras)

Gagal Dalam Kemuliaan Lebih Baik Daripada Menang Dalam Kehinaan.(Walter B. Pitkin)

Orang Yang Sengaja Menyorokkan Kebenaran Merupakan Orang Yang Lemah.(Hamka)

Katakanlah Yang Benar Walaupun Pahit.(Hobben)

Kesusahan Merupakan Jalan Menuju Kebenaran.(Bijron)

Jangan Menilai Pekerjaan Seseorang Sebelum Pekerjaannya Diselesaikan.(Elizabeth Barret Browning)

Hiduplah Seperti Pohon Kayu Yang Lebat Buahnya; Hidup Ditepi Jalan Dan Dilempari Orang Dengan Batu Tetapi Dibalas Dengan Buah.(Abu Bakar Sibli)

Kesalahan Orang Muda Ialah Mereka Berpendapat Bahawa Kebijaksanaan Itu Tidak Memerlukan Pengalaman.Sementara Kesalahan Orang Tua Ialah Mereka Berpendapat Bahawa Pengalaman Itu Tidak Memerlukan Kebijaksanaan.(George Bernard Shaw)


Lingkaran keliling badan

Jom usha tutoria ni. Very easy and simple jerk.

1. bukak la dulu photoshop
2. click File > Open atau ctrl+O. pastue pilih la gambar. Dah dah? Click open ue


 3. click Create a new layer dekat no 1 ue, then akan keluar macam no 2


4. then click Brush. Pilih brush yang sesuai. Then click Pen tool


5. ikut creativit masing-2 untung buat lingkaran guna Pen tool tue



6. dah siap buat lingkaran, Right click then click Stroke Path.


7. akan keluar pop up window. Dekat 1 pilih yang brush. Yang ke-2 thick kat Simulate Pressure kay



8. dah siap. Right click lagi then pilih Delete Path.



9. right click dekat Layer 1 tue, pilih Blending Options. Nak lawakan lingkaran tue


10. just suggestion, tick kat box no 1. Macam kita saya punya ni, saya pilih yang Gradient Overlay kaler pelangi. Ha lawa sikit. Dah  tick no 1, click no 2 pulak kay


11. click dekat Eraser dan padam la garisan yang tak patut.




12.save!! Click File, then choose Save for Web. Leceh ar. Tekan serentak Ctrl+Alt+Shift+S jerk senang



12. hasilnya !!yeah




miss Editor !

punyalah rajin aku mengedit gambar-gambar TRIP MELAKA kami. huhu tak lawa pon. tapi nak letak jugak kat sini. haha tengok la. kalau tak nak tengok pon tengok jugak la ye. haha



















Wednesday, January 2, 2013

Happy New Year 2013


hai masih belum terlambat untuk aku ucapakan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kan. sedih nak tinggalkan 2012 sebab banyak kenangan manis dan tak lupa jugak kenangan paht sepanjang menempuhi tahun 2012. peristiwa paling penting telah berlaku dalam hidup aku pada tahun 2012. lagi pun tahun 2012 merupakan tahun peperiksaan dalam family aku. ha mana taknya, abang aku yang tentera repeat SPM. em nak naik pangkat katanya. abang ketiga aku pulak STPM, adik aku Iman amek UPSR. haha yeah semua exam. InsyaAllah results yang keluar nanti jugak gempak la hendaknya kan. :)

ha okay sekarang ni fikir nak sambung belajar pulak. eh tak tak. nak carik pengalaman berkerja dulu la. lagipun nak kumpul duit nak pi sambung study. tak mau lagi nak susahkan mak abah. and lagi satu memang simpan hasrat nak amek LESEN KERETA. yeah lesen kereta. badan jerk kecik tapi semangat memang besar. sebesar GUNUNG EVEREST!! tak tak tipu jerk. eh betol la. tak caya sudah :] nak amek lesen sama tempat dengan Amy dengan Dila la. haha

okay la. tue jerk. HAPPY 2013. semoga tahun ini banyak mengajar kta erti kehidupan dalam perjalanan menempuh alam dewasa kan. INSYAALLAH :D Amiin

Melaka ‘History’ Land : Day 3

okay dah 2 tahun aku nak update pasal percutian ni. haha. okay jom ar baca.

Bersambung daripada DAY 2. Seperti biasa jugak. Queiah la yang setia mengejut kami dari tidur lena. Pagi ue dah tak breakfast dekat AL-IKHWAN lagi. Huhu I’ll miss that place :’(. Dalam pukul 9 gtue kitorang dah siap-2 menunggu bas datang. Sempat snap gambar dalam bilik kami sebagai kenang-kenangan gtue. Kami memang dah pakat pon nak pakai baju serba putih.BORIA katakan. Kan sweet pakai baju kaler sama dengan bff kan. Nanad pon sama actually. Nad berbaju putih tanpa berjanji dengan kitorang pon. Ha BFF katakan >.<


Serba putih XD


Check out. Kami nak pulang ke tanah air :)


Nad, ct. kami memang tak sama tapi nampak la sikit serupa :b
Dekat luar pagar HOMESTAY kami. Snap dulu. Bas datang lambat lagi la.


 
Kami buddyzz takkan terpisah!



 
Sempat lagi nak snap gambar sementara menunggu lampu pejalan kaki turns green. Lols.btw both of them are awesome! Comel jerk amek gambar tak ready lagi sebenarnya. Amy kat belakang ue nampak tak puas hati.Maybe tak dapat nak amek gambar sekali kot. Haha

Kay dah lintas ue, kami decide nak bawak haluan masing02 tapi miss ajak makan. Hoh okay jerk kami. Food court SELERIA, MAHKOTA PARADE besar dan banyak pilihan, tapi sayang maybe kami datang awal kot, banyak kedai tak bukak lagi. em

SELERIA food court MP.


Aqian nak yee mee sizzling amy ek

Sweet lettew kononnya ek. Haha memang la sweet gtue :) *sediakan baldi*



Lily and fani. Say HI!!


Eh abang skandal ADILA HANI. Sape??ntah

 Hazwan dan Innamul


Gang semeja kami

Dila amek KIWI FREEZE kita!!

Just my budies. Hai BACAP

Okay banyak betul gambar dekat SELERIA tue. Tengah makan pon sempat nak snap pic banyak-2 kan. Ha itulah kami!! After that, BOWLING time. Mr. Zamri ajak battle bowling der. Kami okay jerk


Bacap: bole eh dia angkat bola ue. Nad: hai dunia. Memang ringan la bola ni!. Namul: *nothing to display*


Mr.Zamri tengok apa tue?? mentang-mentang markah dia paling tinggi kan XD

Hang tak yah dok khusyuk beno tengok papan markah ue dila! 

Hai. Kami sweet again!


Miss Nuha and Dayana


RESULTS : Nanad winner for girl group and mr.Zamri for the boys group. Then we heading to DATARAN PAHLAWAN to buy maybe some ‘ole-ole’ from Melaka. Takde apa sebenarnya kitorang nak beli. huhu



 
Dataran Pahlawan after beli COOL BLOG.

Dalam pukul 3 ptg, kitorang dah kena kumpul dekat bas.Soo sad sebab dah nak berpisah.Awal-2 lagi si Daus dgn Namul dan Hazwan dah gerak balik ikut family mereka. So daam bas ue adalah sedikit ucapan dan acara penyampaian hadiah!! Penyampaian hadiah dalam bas??A’ah sebab si Bacap and the gang lupa nak bawak masa malam BBQ ue. Huhu pengalaman baru tue. Okay tema mama bbq kan kotak-2 or checkered. So mestilah ada KING and QUEEN on that night right! Do you want to know?? Here we roll down
.
.
.
.
.

Taraaa.QUEEN Queiah and KING Anipx. Yeahh bak pinang dibelah lapan. :P 

before that ada penyampaian hadiah untuk pemenag acara sukaneka. Cer teka sapa menang??Group dila? Bukann..group nanad?? Ha pon bukan. Okay tak payah nak berteka-teki. *drum roll* yes of cause group aku. GROUP TAK YAH LA!.group kaler ijau. Dan Zul sebagai wakil kami pon pakai baju kaler hijau. Eh eh macam tahu-2 jerk eh Zul ni group kita akan menang :] 

haha peace yoowww

Mr. Zamri tengah bagi ucapan.

selepas tue Miss Nuha pulak

Aku rasa dah habis la kot cerita panjang berjela pasal trip kami ni. Agak penat jugak la.bosssaaanngg pon ada. Takpe-2. Tahun ni je kot last. Aku akan merindui saat-2 dekat MELAKA dengan korang dok. *tahan air mata :’(*
Kay la.thanks sudi membaca :)

Okay done cerita DAY 3 (22 DECEMBER 2012) KAMI !!