Friday, November 30, 2012

End Year Party ~


Ya. End year party 5 Information Technology. Trip berbeza daripada yang lain. Biasanya jamuan akhir tahun just dekat area Kluang jerk, tapi disebabkan kitorang ni dah abes sekolah + spm pon dah abes, so kitorang nak spend masa dengan kengkawan. Takut lepas ni dah susah nak jumpa lagi kan. Sobs sobs L sedihnya nak tinggalkan alam persekolahan yang penuh dengan gelak ketawa. Tak pe.


             Kalau ada sumur di ladang
                      boleh saya menumpang mandi

            kalau ada umur yang panjang
                   boleh kita berjumpa lagi :) 

Eh eh sempat pulang nak berpantun-pantun ni ek. Haha sekali-sekala. Mesti lepas ni rindu nak pakai kain biru, baju putih. Dan takde lagi stay up malam-malam buat homework cikgu. Risau cikgu marah. Takde takde. Semua tue dah takde lagi. Dekat U nanti, lantak la nak buat apa, kau belajar kau berjaya, malas belajar ha tahu-tahu jelah nasib masa depan kau tue. Kan kan. Adoyai takotnya. Lepas ni dah kena berdikari sendiri.

Kay. Berharap sangat yang prsahabatan kita ni akn terus berkekalan. Mesti lagi 10 atau 15 tahun lagi, ada kengkawan aku jadi cikgu, engineer, IT forensic, doktor. Kot kot ada yang dah kawin. Ada anak :P hehe. Eh aku nak jadi apa ek?? Ntah. Jap pikir ….. *loading*….. ha aku rasa aku nak jadik CA. ap tue CA. Class Assistant ke. Eh bukan la. Tue untuk sekolah. CA tue Chartered Accountant. Up sikit lepas accountant. Aku harap lepas ni dapat ACCA Amiiin. Nak sangat. Doakan kay. Lagi satu, doakan kitorang yang abes SPM dapat keputusan yang cemerlang. Bulan 3 baru results keluar. Alamak takutnya -.-

Disini saya saje je nak share tentatif jamuan akhir tahun kitorang:

post, sign iconDay 1 :

post, sign iconTaman Tema Melaka Wonderland

   -Waterpark

   -Dinosour park
   -Dirt Go Kart
   -Paintball
post, sign iconCheck in Ismah Resort
post, sign iconMelaka Night River Cruise


post, sign iconDay 2
post, sign iconSukaneka
post, sign iconPenyampaian hadiah
post, sign iconMerayap bandar di Melaka

post, sign iconBBQ night

   -theme “Classy Pyjamas Night”

   -games

post, sign iconDay 3

post, sign iconAktiviti bebas

   -mandi laut

   -melawat pusat pengurusan penyu
   -beach ball
   -banana boat ride

Paling best, acara malam kebudayaan (BBQ night). Nak tengok siapakah yang akan menjadi KING & QUEEN of Pyjamas post, sign icon on that night. Wait and see. Date 20th to 22nd of November. Tapi 21st tue family aku nak balik kampung. Ada kenduri kahwin. Adush in dilema actually. Nanti balik 22nd tue mesti kena duduk umah sengsorang kan. Huhu ‘.’ Sapa nak teman sila contact 01*-7***999 haha. Tipu jerk. Takpe la. Demi untuk mencipta last moment dengan classmate. Sanggup tinggalkan kenduri kahwin. ^-^v peace.
Kay itu jerk nak dikongsikan. Bye all.


Much love :

Fadzilah Nur Haziemah




Wednesday, November 28, 2012

End of SPM

Syukur ke hadrat Allah. akhirnya segalanya dah berakhir dengan lancar dan sempurna. mesti batch'95 mesti tertunggu-tunggu saat ni kan. mestilah. rehat sekejap selepas bertarung dalam 9 atau 10 subject dalam SPM kan. kay lepas ni tunggu panggilan PLKN. then tunggu result SPM keluar. sambung belajar. then kerja, kahwin dapat anak, bina keluarga. eh eh dah jauh sangat pikir ni. haha -.-

Ha nak cerita. Aku tak tau nape sikap kawan aku sorang ni dah berubah giler. Sebab aku ataupun sebab lain? Entahlah. Maybe dia dah tak suka kawan dengan aku lagi kot. Takpe la. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan. Sabar jelah. Tapi syukur la. Aku mulai menghargai orang kat sekeliling aku. Aku ni mungkin dilabel sebagai ego tinggi tapi aku ni baik okay. Aha cuma sombong sikit bila tak kenal. Eh bukan sombong tapi cuma segan jelah. Just tegur aku kay kalau terserempak kat mana-mana :)


Lagi satu. Aku dah lupakan ‘dia’ tu. Tak mengharap pape lagi pon. Kalau tak. Selama ni aku nak tidur jerk mesti akan teringatkan ‘dia’. Haha. Apa la.


“ku bermimpi kau kembali”


Kau pergi takkan kembali. So kau akan tetap jadi kenangan aku sebagai seorang kawan yang paling aku ingat. Jika mampu ke kembalikan masa. Tapi aku tak boleh buat semua tue. “Wahai pelangi indah hanya muncul seketika. Dan kini tiada. Jika mampu kembali mengulangi masa. Pasti ku tunaikan permintaan terakhir. Kini hanya tinggal kenangan. Hanya waktu menentukan kita kan bersama” - lirik lagu Pelangi Senja.


“kisah lamaku terulang kembali”


Aku sekarang belajar hidup tak bergantung pada life orang. Tak perlu nak nyusahkan oran lain lagi. Aku terpaksa pujuk hati aku agar terima hakikat yang layanan kawan aku tu tak macam dulu lagi. But it’s okay. I can accept it. I do not want to keep latent on it and just it be. Tak nak la nampak sangat yang aku ni tak boleh hidup tanpa dia kan. Okay. Just stop here.Tetiba teringat si Razif Hilfiazri Marhalen >.< . kay sudah cukup sudah. Haha. Bila fikir masa depan. Wow amazing. Takutnya nak menempuh alam selepas persekolahan. Huh mesti rindu kengkawan yang macam-macam perangai tue. Ada yang lawak, pendiam, kecoh giler, asyik nak menyampuk la. Aih banyak lagi la. Kay bye. 


p/s : actually rindu nak gather KLSBS 13 orang. em tak kan lagi kot boleh kumpul macam dulu :(

Salam Sayang :
Faiqah Qazriena Nur Alissha
(ntah. Nama sapa ntah ni :P )

Friday, November 16, 2012

'-' Saya Punya Masalah !

Hai. assalamualaikum. pos ni pendek jerk.
actually I'm SPM candidates and too busy for study. so sorry and that's why blog aku ni berhabuk. haha. btw doakan batch 95 tahun ni dapat results spm yang cemerlang. kay bye :)


"Pray for our best"