Friday, September 21, 2012

Cinta ini






                Aku sayang kau. Tapi aku tak penah nak luahkan. Aku takut kalau aku luahkan dan menyatakan perasaan aku. Kau akan perlahan-lahan jauhkan diri aku kan. Bukannya makin dekat. Lelaki macam kau aku susah nak menafsirkan apa yang akan berlaku. Ntah. Lelaki macam kau susah nak diteka hatinya. Bimbang kalau tersilap langkah. Aku jugak yang akan merana. Frust memanjang. Aku juga yang rugi karang. Biarla aku luahan dari jauh jerk. Aku nak berkawan dengan kau macam orang lain jugak. Maybe jauh tu lah yang akan menarik kasih sayang kau kat aku kan. Aku berharap sangat-sangat. Dia hadir dalam hidup aku. Membawa senyuman dan keceriaan dalam hidup aku. At least aku ada tempat nak kongsi kasih sayang dan juga perasaan sedih dan duka aku. Ku bukannya jealous dengan life orang lain. Tapi aku cuma memerlukan seseorang yang boleh aku luahkan perasaan dan cerita aku. Perasaan tu sebenarnya datang dengan sendiri je. Macam sabut kelapa. Tak mungkin sayang itu boleh dipaksa kan. Dan tak mungkin sayang itu mudha hilang kalau kita benar-benar sayangkan dia kan. Aku dapat rasakan yang dia pon suka kan aku. Cuma dia segan je nak luahkan. Macam aaku jugka. Just simpan dalam hati jerk. Ntah. Maybe dia takut kehilangan aku kalau dia cakap yang dia suka kan aku. Perasaan dia dengan aku sama jerk. Takut kehilangan kalau berterus-terang. Oh no! aku rindu kau dok. Tolong la faham. Rindu sangat-sangat nak cakap dengan kau. Tapi setahu aku kau tak pernah nak bertentang mata dengan aku dan perempuan lain. Kau segan. Aku pon >.< tapi masa aku berharap dekat kau. Masa tu la aku tahu yang kau ada someone special. Kau dah ada makwe. Makwe kau tue kau jumpa masa SUKMA. Kau main softbal. Dia pon main softbal. Pergh masa tu taknak frust giler aku. Hampir setiap hari aku menangis sebab ingatkan kau. Hati aku macam terbelah. Hancur berkecai macam cermin jatuh ke lantai. Dah hilang sebelah. Tidak !!!! aku perlukan kau. Aku sayang kau. Aku tak pandai nak ceritakan pasal benda ni kat orang lain. So aku just post dekat blog aku jerk. Setiap malam pasti aku akan ingat kan kau. Nak message kau. Takot kau dah tido. Tak pon kau tak nak reply msg aku. Em sedih tau. Cukup la dah banyak kali terluka. Tak nak lagi terluka buat kesekian kalinya. Tapi luka aku tue tak lama. Aku ni seorang yang think positif. Berfikiran rasional dengan apa jua yang berlaku kat sekeliling aku ni. So aku just go on with life without sad again.
Haha cerita sini abes sini ye. Aku ni tak mudah marah. Jarang aku marah. Kalau marah pon cuma sekejap jerk. Susah marah senang baik. Kan bagus perangai macam ni ka :). Aku sekarang hidup berdasarkan dua prinsip. Pertama. Sukati korang la nak marah ke. Ngutuk aku ker. Apa ker. Aku tal kesah. Aku ni jenis susah nak berdendam dengan orang lain. Aku dah maafkan apa jua yang korang dah buat aku sakit hati ke. Apa-apa je. Pastu yang kedua. Pegang kata-kata bahawa kalau kita pandai. Semua akan datang pada kita. Apa jerk yang kita nak pasti kita dapat. So start belajar betul-betul macam esok nak SPM. Dengar cakap mak bapak. Solat jangan tinggal. Rapatkan hubungan dengan guru-guru. Fokus dalam kelas. Buat baik sesama manusia. Ha macam tue la prinsip hidup aku. Pantang menyerah. Aku pernah jatuh dan aku nak bangkit semula. Cikgu Zamri pernah akap yang orang yang berjaya adalah mereka yang sudah jatuh tergolek-golek. Dan berusaha bangun kembali dan kejar cita-cita dan seterusnya akan mencapai kejayaan dengan mudah. Aku tak nak perangai buruk aku turun kat anak-anak aku bila aku dah kahwin nanti. Kahwin dengan siapa? Hehe nak dirikan masjid sama-sama dengan awak la. Ehh harap jadi kenyataan la. Aku sayang kau sangat-sangat la budak! Cuma salah aku sebab tak tunjuk sayang aku ni pada kau. Maybe kenangan kau jadik ‘crush’ aku akan jadi kenangan yang terindah. Haha. Lagipon aku sendiri yang tanya dengan kau “jom jadik crush aku?” haha even kau bukan untuk aku. Kau ada orang lain. Budak sukan pulak tue. Aku rasa macam rendah diri jerk. Maklumlah aku ni bukan budak sukan pon. Hehe tacink jap.
Tadi kau kena panggil. Miss kasik kau surat amaran pertama sebab kau asyik ponteng jerk. Kau ada alasan kenapa kau tak hadir. Tapi kau takde surat.  Tue yang miss tak caya. Tak pe la. Pape pon kau kena berubah demi masa depan kau okay. Kay penat aku luah segalnya kat sini. Kay bye.